Citra ialah
perisian pelagak pertama untuk
Nintendo 3DS yang dibangun oleh Kumpulan Citra. Ketua Kumpulan Citra ialah bunnei, sedangkan Timbalan Ketua Kumpulan Citra ialah
neobrain. Perisian pelagak ini dibangun dalam bahasa pengaturcaraan
C++. Citra dapat menjalankan hampir semua
permainan buatan rumah atau homebrew dan menjalankan sesetengah permainan komersial. Citra memerlukan
cip yang menyokong sekurang-kurangnya
OpenGL versi 3.Permainan komersial pertama yang boleh dijalankan Citra ialah
The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D. Selain itu, Citra boleh menjalankan sesetengah permainan lain, misalnya
Animal Crossing 3D dan
Sonic Generations.Sejak 30 Disember 2015 Citra dapat memainkan permainan
Pokémon X/Y,
[2] dan sejak 1 Januari 2016, dapat memainkan
Pokémon Omega Ruby dan
Pokémon Alpha Sapphire. Citra dengan rasmi memainkan
Pokémon Omega Ruby sejak 12 Mac 2016.Sejak 22 Februari 2016, tapak web rasmi Citra (citra-emu.org) berubah banyak, dan cuba untuk melagak suara. Citra dapat memainkan kebanyakan permainan sejak April 2016. Sejak 1 Mei 2016, Citra menyokong paparan dalam definisi tinggi (HD).Sejak 21 Mei 2016, Citra dapat melagak suara melalui Audio HLE.